Thursday, June 17, 2010

ayat power blogger

Tragedi Berdarah 13 Mei 1969 Mesti Diulangi
Posted on Wednesday, June 16 @ 23:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: setisab


"Tiada satupun dokumen awam yang mengatakan Umno aka Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu adalah punca kepada tragedi berdarah yang mengorbankan ratusan rakyat Malaysia khasnya di Kuala Lumpur dalam Tragedi Hitam 13 Mei 1969. Ironinya walau tanpa catatan resmi, yang tidak tersurat tetap kukuh tersirat!

Generasi pertama selepas 1969 sekarang berusia 41 tahun. Mereka tidak merasai hangatnya tragedi hitam itu tetapi babak demi babak dalam peristiwa itu telah menghangatkan darah yang mengalir dalam tubuh mereka. Darah Melayu dipersekitaran akhir tahun 1960an itu dihangatkan olih perasaan marah, benci dan menyampah yang teramat terhadap bangsa asing, Cina khususnya!

Cina bangsa yang tidak sedar diri diuntung!
Cina bangsa yang menipu anak jati Tanah Melayu!
Cina mesti dinyahkan dari negara berdaulat ini!
Cina adalah puaka yang mencelakakan Melayu!

Saya masih bergelar pelajar. Guru saya, cikgu Abdullah Sani adalah setiausaha umno Bahagian, arwah ayah saya adalah Ketua Pemuda umno Bahagian ketika itu. Guru Besar saya, cikgu Abdul Rahmah Sabri, bekas Datuk bergelar (pingat Datuknya telah ditarik balik olih Sultan Johor) dan bekas Exco Kerajaan Negeri Johor.

Saya dilahir dan dibesarkan dalam persekitaran keluarga dan masyarakat yang kental darah umno nya. Sejak belum masuk alam persekolahan saya telah dibawa olih ayah untuk bersamanya dalam majlis-majlis politik kepartian. Dia bermesyuarat di luar dewan, kami (anak-anak) bermain di luar dewan. Dia bertanding dalam pilihanraya, kami anak-anaknya turut ditugaskan menampal poster dan mengedar risalah.

Dunia saya adalah dunia umno! Saya begitu bangga berbaju batik yang penuh dengan lambang umno. Hebat umno, kalau tiada umno, Melayu akan mati kebuluran! Kalau tiada umno, air tidak akan mengalir dalam besi dan Melayu masih menggali perigi...!!! Itu sedikit sejarah darah yang mengalir dalam diri ini.Maka tidak hairanlah jika kata-kata ini masih segar dalam ingatan saya;

Cina bangsa yang tidak sedar diri diuntung!
Cina bangsa yang menipu anak jati Tanah Melayu!
Cina mesti dinyahkan dari negara berdaulat ini!
Cina adalah puaka yang mencelakakan Melayu!

Manakala tregedi 13 Mei 1969 adalah Tugu Masa Perjuangan Melayu menyelamatkan Tanah Melayu daripada jatuh ketangan Cina jahanam!!
Hebatkan!! Hebat sungguh Melayu umno!!!
Hebat sungguh Melayu umno menanam rasa benci, dendam dan bermusuhan terhadap sesama rakyat!!

1978, di English College (Maktab Sultan Abu Bakar), Johor Bahru. Selang sehari selepas saya memberi pidato umum, saya dikunjungi SB bahagian politik pelajar dan bermulalah era senyap saya selama 2 tahun!!

Alhamdulillah, semasa era senyap inilah limpahan sejarah sebenar tentang siapa umno dan kenapa peristiwa berdarah 13 Mei 1969 "TERPAKSA" diadakan telah dibisik kemas ke telinga dan dititip rapi ke lubok hati olih insan yang saya kasihi, ayah. Terima kasih ayah! Semoga roh ayah dan ibu sentiasa berada dalam dakapan kasih dan redha Illahi.

Hari ini buat anak-anakku,
Ayah titipkan sedikit apa yang pernah dibisikkan ketelinga ayah.
- Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 tidak akan terjadi andainya parti umno/Perikatan tidak kalah teruk dalam pilihanraya umum. Bangsa Melayu tidak kalah dalam pilihanraya sebenar, yang kalah adalah parti umno/Perikatan.
- Semangat perkauman dikalangan Melayu terpaksa dibakar untuk mengalihkan perhatian bangsa Melayu kepada umno.
- Yang berlari, yang mengejar dan dikejar. Yang memukul dan yang dipukul, yang membunuh dan yang dibunuh adalah bangsa Melayu yang perasaan mereka telah dibakar api kebencian sesama insan olih pemimpin umno!
- Yang rugi, cacat, cedera dan yang mati adalah Melayu bawahan, rakyat miskin yang dibonekakan olih pemimpin umno untuk segaja mencetuskan huruhara agar MAGERAN dapat diumumkan! Bila MAGERAN diumumkan, kuasa tidak berganjak dan kekal dipegang olih umno. Melayu tetap layu, dilayukan olih pemimpin Melayu umno!
- Katanya; Cina mesti dinyahkan dari negara berdaulat ini!. Tanyalah Cina sialan atau Melayu jahanah yang mencelakakan kedaulatan Pulau Batu Putih?
- Katanya; Cina bangsa yang menipu anak jati Tanah Melayu. Selidikilah Cina sialan atau Melayu puaka yang menipu anak jati Melayu sehingga tergadainya warisan negara di Tanjung Pagar, Singapura?
- Katanya; Cina bangsa yang tidak sedar diri diuntung. Cina sialan atau Melayu laknat yang tidak sedarkan diri dan merogol kedaulatan diri memalukan bangsa sendiri?
- Katanya; Cina adalah puaka yang mencelakakan Melayu. Kajilah Cina sialan atau Melayu harami yang berkekongkol dengan perompak merakus harta negara?


Caturan politik perkauman 1969, mereka berjaya. Umno berjaya membakar semangat Melayu demi hasrat haprak mereka. Mereka membakar semangat bangsa Melayu agar permusuhan kaum bermaharajalela dan mereka terus berkuasa! Permainan yang sama tetapi di padang yang berbeda mereka cuba ulangi. Kali ini bukan dengan isu perkauman sahaja tetapi digaramkan dengan isu kaagamaan. Kepala lembu dan kepala babi dijadikan mainan olih pewaris pencetus insiden 13 mei 1969 untuk mencetuskan huruhara yang harubiru! Malangnya mereka kecundang!


Bukan! Tragedi seumpama 13 Mei 1969 bukan yang rakyat inginkan. Ia bukan budaya kita tetapi ia dilakar-acahkan olih pemikir rakus yang gila kuasa akibat badi hasutan syaitan belaan umno!Dalam derita kecundang yang memberakan, nafsu serakah dan kerakusan mereka tidak kunjung padam. Mereka mengatakan demi keselamatan, tender mesti melalui perundingan langsung dan harga meningkat tidak harus dipertikaikan! Hebat!

Saya telah titipkan lama dulu;
Ini betul punya Jeneral harami.... lokasi pengkalan TUDM di Sungai Besi adalah antara lokasi ketenteraan terbaik untuk keselamatan semasa kecemasan dan peperangan. Ini pun hendak diberi kepada kroni atas nama pembangunan...!! Pembangunan kapla mak dialah..!!!

Hari ini Datuk Mahfuz berkata;
"Amat tidak wajar pangkalan pertahanan yang begitu strategik digadaikan semata-mata untuk memenuhi kepentingan kroni pihak yang berkuasa sedangkan pangkalan pertahanan udara seperti di Sungai Besi masih dikekalkan di kebanyakan negara maju," katanya yang dipetik oleh Harakah Daily.

Generasi Melayu hari ini bertanya dan selidikilah, siapa sebenarnya yang menipu Melayu dan siapa yang patut rakyat daulatkan?Kepada anak bangsa, Berpadalah menyokong umnoUmno mengaku kononnya berjasaSebenarnya kerana umno Melayu binasa!Pemimpin kaya raya, rakyat miskin hidup melata!Ingatlah demi Agama, Bangsa dan Negara pemerintahan rakus regim umno/BN wajib kita tumpaskan. BUKAN kerana kita gila kuasa TETAPI kita wajib ambil kuasa daripada mereka yang gila kuasa!!!Salaam Perjuangan.

Salaam Persaudaraan

Mohd Sofi Yassin
http://www.kerajaanrakyat.com/"

Wednesday, May 26, 2010

naik lagi


Monday, September 7, 2009

tazkirah

[178] Al Baqarah
Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman “Qisas” (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

[183]Al Baqarah
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

[186] Al Baqarah
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

[188] Al Baqarah
Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).

[190] Al Baqarah
Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) ugama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh.

[191] Al Baqarah
Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir.

[192] Al Baqarah
Kemudian jika mereka berhenti memerangi kamu (maka berhentilah kamu); kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[193] Al Baqarah
Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim.

KESIMPULANNYA

[5] Al Maidah
Dan sesiapa yang ingkar (akan syariat Islam) sesudah ia beriman, maka sesungguhnya gugurlah amalnya (yang baik) dan adalah ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.

Tuesday, August 4, 2009

Demontrasi dan Perjuangan menentang ISA

Perjuangan menentang ISA bukan baru, bahkan isteri mangsa tahanan
ISA telah dijemput memberi ucapan di Geneva,dengan kos pergi balik
hasil derma sanak saudara, peguam dan teman-teman..

hasilnya, Kerajaan Malaysia telah ditegur.. tapi ada siapa-siapa baca
di akhbar utama ?? yang ada pun disiarkan melalui harakahdaily.net..

apa salah suaminya ? apa pertuduhannya ? di mana perbicaraannya?
apa hukumannya ? itu semua tidak ada.. sebab itulah namanya ISA ..

setelah hantar memo, surat rayuan, hingga ke PBB.. apa lagi usaha
si isteri membela suami yang ditahan 8 tahun tanpa apa-apa tuduhan??

apakah nasib anak-anak ?

cuma si ayah ditahan mungkin kerana pernah berjuang bersama mujahin
menentang Russia.Pernah bersama Osama Laden ?? itu pun sekadar mungkin..

tak pernah ada pertuduhan, tak pernah ada perbicaraan, tak pernah
juga dijatuhkan hukuman ...

baca la tulisan YB Saari Sungib...antara yang lama ditahan .. dia bukan
banduan..sebab tak pernah ada mana-mana mahkamah yang hukum..
dia hanya ditahan dan dikurung tanpa sebab yang dimaklumkan ...

sebab itulah, nama paling tepat bg ISA: Ikut Suka Aku

ikut suka pak menteri la nak tahan sapa-sapa pun..
sebab tu DS Najib juga boleh bebaskan serta merta tanpa alasan,
sebilangan tahanan ISA ketika dia naik jadi PM..

ajaran dan sunnah nabi mana yang diikut untuk tahan orang
tanpa tuduhan dan perbicaraan ni ??

hanya pengikut Nasrani dan Yahudi Israel laknatullah aja
yang ada undang-undang ni....

Thursday, July 9, 2009

Perjuangan Islam dan bahasa Inggeris

Perjuangan Islam perlu seiring dengan semangat belajar bahasa Inggeris.

Bahkan Ilmu asas Islam perlu terlebih dahulu disemat kukuh sebelum ilmu
bahasa dikejar.

Namun, boleh juga dilakukan serentak.
Contohnya memulakan alan pendidikananak-anak di pra sekolah Islamik
yang menjadikan Bahasa Inggeris sebagai medium perantara.

Ini juga merupakan prospek juga bagus dan patut dikembangkan.

Siswazah timur tengah yang pulang, seeloknya menghadiri kursus berkaitan
industri pra sekolah, seterusnya mendirikan pusat pendidikan pra sekolah
Islamik.

Dalam situasi pembantu rumah asing menjadi isu dan masalah, elok industri
penjagaan anak-anak dikembangkan dengan kreatif dan berkesan.

Pakej boleh dikembangkan dengan kreatif, tidak lagi sepatutnya kadar yang
tinggi dengan perkhidmatan terhad. Lebih masa, lebih bayaran, atau tambah
caj khas untuk makan malam.

Perlu kreatif dan usaha ke arah volume, bukan sekadar turnover per head sahaja.

Sekiranya sektor ini dikembangkan dengan pakej yang lebih kreatif dan tidak
membebankan, sudah pasti akan menguntungkan semua pihak dalam negara dan
meminimakan keperluan pembantu rumah.

elok sama-sama kita fikir dan kaji sebaiknya...

Wednesday, June 17, 2009

Islam Memimpin Perpaduan

Media massa utama pro Bn dilihat begitu gemar mempromosikan isu perpaduan yang
disuarakan beberapa pemimpin PAS baru-baru ini. Walaupun isu ini diungkapkan hanya
secara idea tanpa perincian, seolah-olah telah wujud kajian dan pertimbangan serius.

Hakikatnya perdamaian pihak yang bertembung hanya wujud jika ada semangat yang sama.
Namun realitinya di Malaysia, perdamaian PAS-UMNO hanya setakat idea ketika ini.

Umum perlu menerima bahawa Pakatan Rakyat dan PAS bergerak atas semangat dan
sumbangan rakyat yang menjadi pendokong dan penyokong. PAS juga mendapat sokongan
dalam PRU12 kerana menjadi penyambung suara dan hasrat rakyat. Buat masa ini, belum
kelihatan arus dan semangat rakyat yang kuat untuk menyokong idea ini.

Selepas mendapat sedikit tempat dalam arus politik Malaysia, ada sesetengah pemimpin PAS
merasakan UMNO sudah cukup lemah dan perlu menghulurkan salam perdamaian kepada
pihak yang 'cedera parah' dalam pertempuran.

Perasaan ini sebenarnya hanya 'perasan'..UMNO tidak pernah merasakan dirinya cedera
parah dan memerlukan salam perdamaian dengan PAS. Bahkan sentiasa mencari jalan untuk
membalas balik pukulan yang dialami semasa PRU12. Oleh itu, rasa 'perasan' PAS ini perlu cepat dihakis. PAS jangan 'over estimate' kekuatan sendiri, dan jangan 'under estimate' UMNO.

Cetusan idea perdamaian ini begitu cepat disambut agen propaganda umno-bn kerana idea ini boleh digunakan untuk memecahkan benteng pertahanan dan perpaduan PR. Walaupun secara ideanya, idea itu baik, namun realiti semasa tak kena.. masa yang tak kena, orang yang
tak kena dan suasana yang tak kena.

Realitinya, PAS perlu membuktikan kemampuan untuk menjadi pilihan untuk mengambil alih kepimpinan negara. Lipat-gandakan usaha agar PAS boleh memenangi majoriti kerusi DUN dan Parlimen yang dipegang oleh UMNO buat masa ini. Hanya selepas berjaya memenangi majoriti kerusi yang dipegang UMNO, barulah kena kalau PAS hendak hulurkan Salam Perdamaian..

Tuesday, May 12, 2009

Ayuh gandakan usaha


Ayuh gandakan usaha.
Sekalian pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat perlu meningkatkan usaha dan kerja untuk rakyat. Jika sebelum ini sekadar membantu biasa-biasa aja, sepatutnya kini lebih lagi.
Sekurang-kurangnya jentera di Seluruh Perak dan Penang. Bagi Perak, jika tidak ada PRU pun dalam tempoh terdekat, PAStikan semangat juang dan kerja kabajikan yang dibuat tetap hangat sehingga menjelang PRU13.

Buktikan PR sememangnya berjuang untuk rakyat, samada menang atau tidak. Bagi PAS, itulah asas dan dasar sebenar perjuangan. Bak kata kawan-kawan lama, kalah tu biasa la, menang tu bonus, tapi kerja tetap berjalan terus. Inilah semangat juang orang lama yang terus menghangatkan perjuangan PAS.

Bagi urusan terkini di Mahkamah, biarkan panglima bertempur di medan mereka. Menjadi tanggungjawab sekalian pengamal dan graduan perundangan menjalankan tugas masing-masing ketika ini untuk memberikan sumbangan, setidak-tidaknya penerangan ke peringkat akar umbi. Ini medan yang memerlukan pakar khusus, ibarat pertempuran antara panglima berkuda, maka askar berjalan kaki jangan memandai-mandai, nanti banyak pula kecelaruan.

Apa yang penting, ambil manfaat dari situasi sekarang untuk memantapkan saf pertahanan dan pertempuran kekuatan berbilang kaum. Setiap jentera PR di setiap parlimen dan dun perlu mengadakan Majlis lebih kerap untuk memudahkan kerjasama apabila keadaan memerlukan. Bagi PAS, bersyukurlah kerana sudah ada ruang untuk mendekatkan Islam ke dalam masyarakat bukan Islam. Sekalipun mereka tidak menganut Islam, setidak-tidaknya mereka diberi gambaran positif dengan wajah Islam yang sebenar. Jika selama ini umeno memalitkan arang dan lumpur pada wajah Islam, maka jelaskanlah bahawa wajah Islam dan Umeno itu amat jauh berbeza.

Disamping itu, menjelang Muktamar PAS, maka hangatkanlah kembali kepentingan usrah dan tarbiyah. PAS adalah gerakan Islam, maka jatuh bangunnya Islam bergantung sepenuhnya pada kesungguhan menyulusuri kaedah perjuangan Rasul SAW. Jika Rumah Arqam bin Abi Arqam dulu menjadi tapak perjuangan awal Rasul, setidak-tidaknya meriahkanlah markaz masing-masing dengan pengajian/kuliah agama, usrah dan aktiviti masyarakat setempat. Kita semua dah biasa dengar, bukan menang atau kalah jadi isu, tapi apa kerja dan sumbangan kita pada perjuangan Islam ini yang bakal dipersoalkan.